Pasukan NTF perlu diteruskan: Ismail Sabri
Iklan
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.- Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) berjaya menangani kemasukan pendatang tanpa izin sepanjang pelaksanaan Ops Benteng dan ia perlu diteruskan selepas penularan pandemik Covid-19 dapat dikawal, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, jika dilihat keberkesanan NTF dalam melakukan Ops Benteng, sering kali terdapat laporan bahawa ada penahanan dibuat ke atas pendatang tanpa izin menunjukkan kejayaan NTF dalam menjalankan tugas mereka.
Iklan
Iklan
"Sekiranya kes Covid-19 ini menurun pada masa akan datang nanti, pihak Kementerian Pertahanan (Mindef) akan mengadakan perbincangan bersama pihak atasan dalam NTF untuk meneruskan NTF ini atau sebaliknya.
"Pandangan peribadi saya berkenaan perkara ini, NTF perlu diteruskan kerana kita tidak boleh membenarkan negara kita dibolosi oleh sesiapa sahaja dan bukan sahaja sewaktu Covid-19 ini,” katanya pada sidang akhbar harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini pada Selasa.
Iklan
Ismail Sabri berkata, jenayah rentas sempadan bukan sahaja berlaku sewaktu wabak Covid-19 melanda tetapi jenayah itu berlaku sepanjang masa dan negara perlu bertindak secara agresif mengatasinya.
Sebelum ini, Bernama melaporkan, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata NTF telah membuktikan keupayaannya dalam mengekang kemasukan pendatang tanpa izin di sempadan negara secara berkesan dalam tempoh Covid-19. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kontroversi isu New Age Movement: 'Tidak adil hukum saya hanya berdasarkan cerita sebelah pihak' - Marhamah"><meta itemprop="description" content="Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli menyelar pihak yang berterusan membuat tuduhan tidak berasas mengenai beliau berhubung isu penyebaran unsur New Age Movement (NAM).
Menurut beliau, sebarang perkara berbangkit atau tuduhan perlu disemak untuk mengetahui kebenaran bagi memberi keadilan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800395/berita/nasional/kontroversi-isu-new-age-movementnbsptidak-adil-hukum-saya-hanya-berdasarkan-cerita-sebelah-pihak---marhamah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #NewAgeMovement"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-14T03:45:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbmwjgu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbmwjgu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbmwjgu"></script>