Buah kedondong jana pendapatan sampingan
Iklan
Ismail menunjukkan buah kedondong yang telah dituainya.
KANGAR - Kudrat seorang bekas tentera ATM yang mengusahakan tanah terbiar di belakang rumahnya berkeluasan kira-kira 0.14 hektar membuahkan hasil apabila mampu meraih pendapatan sampingan pada setiap minggu.
Ismail Md Isa, 72, berkata, beliau yang menanam sebanyak 50 pokok kedondong sebagai permulaan telah mengeluarkan buah sehingga 500 kilogram sebulan untuk pasaran di Kuala Lumpur selain mendapat permintaan di Thailand.
Menurutnya, pokok tersebut mudah dijaga dan beliau memasang harapan untuk meluaskan lagi tanamannya dengan mencuba menanamnya di tepi sawah selepas ini.
Iklan
Iklan
"Sebenarnya pokok kedondong ini adalah perancangan sebagai pendapatan sampingan sahaja kerana sebelum ini saya adalah nelayan selama beberapa tahun di Hutan Melintang, Perak.
Walaupun cuaca panas, ia tidak menjejaskan kualiti buah kedondong yang dihasilkan pokok tersebut.
Namun, apabila isteri menderita barah payudara, sukar untuk saya meninggalkannya dan mengambil keputusan memberi tumpuan kepada tanaman pokok kedondong ini di Perlis bermula tahun 2015," katanya yang ditemui di di Kampung Tengah, Simpang Ampat, dekat sini.
Iklan
Ismail berkata, idea penanaman pokok tersebut muncul semasa beliau ke Kuala Lumpur dan melihat jus buahnya yang dijual dengan harga RM4 ringgit satu gelas
Jelasnya, disebabkan perkara itu, beliau nekad untuk cuba menanam pokok dengan permulaan 50 anak pokok kedondong yang berharga RM6 satu pokok.
Iklan
"Memang tanam pokok ini cukup mudah malah senang hidup... pantang dia jangan tenggelam air, bila air tu dah tenggelam sekali ataupun hujan terlalu lebat dia tak mati tapi dia 'pengsan'.
"Syukur kini saya telah menuai hasil kira-kira 500 kilogram buah kedondong sebulan yang ditolak secara borong sebanyak RM1 sekilogram. Saya perlu menambah lagi bilangan pokok kerana masih gagal memenuhi permintaan pemborong yang tinggi," katanya lagi.
Tambahnya, cuaca panas sejak beberapa minggu lalu juga tidak menjejaskan pokok tersebut kerana walaupun daunnya habis gugur namun pokoknya masih berbuah seperti biasa.
Selain pokok kedondong, Ismail turut menanam pokok-pokok lain seperti pisang dan serai dan mampu meraih pendapatan bermula RM300 sehingga RM500 seminggu.
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.