Agrobank terbitkan buku khas

Iklan
MUSTAPHA

SHAH ALAM - Agrobank melancarkan penerbitan buku khas bertajuk ‘Kesan Covid-19 dan Jaminan Bekalan Makanan Negara – Isu, Cadangan dan Solusi’ secara maya melalui laman Facebooknya pada Sabtu.

Pengerusinya, Datuk Mustapha Buang berkata, penerbitan itu merupakan kompilasi artikel nukilan pemain-pemain penting dalam industri pertanian dan mengupas isu, cabaran dan solusi berkaitan jaminan bekalan makanan akibat penularan pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

"Penerbitan buku ini bertepatan dengan situasi semasa dunia untuk memberi sedikit sebanyak maklumat dan panduan kepada komuniti agro secara khusus dan rakyat Malaysia secara amnya akan kepentingan jaminan bekalan makanan terutamanya dalam menghadapi sebarang krisis,” katanya dalam satu kenyataan.

Mustapha berkata, Agrobank komited menyediakan pelbagai program pembiayaan dan inisiatif yang melangkaui perbankan kepada pelanggannya, seperti penerbitan buku itu yang diberikan secara percuma kepada komuniti agro dan rakyat Malaysia seiring dengan penyataan Visi Agrobank iaitu Memperkasakan Pertanian Melangkaui Perbankan.

Iklan

"Semoga intipati di dalam buku ini dapat memberikan ilmu pengetahuan baru serta dapat dijadikan panduan kepada kita semua dalam perjuangan kita untuk meningkatkan kestabilan jaminan bekalan makanan negara,” katanya.

Buku berkenaan memuatkan sembilan artikel dan dua kajian kes berkaitan jaminan bekalan makanan negara yang menerbitkan penulisan artikel daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Haslina Abdul Hamid dan Ahli Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN), Profesor Datin Paduka Fatimah Mohamed Arshad.

Iklan

Turut terlibat dalam penghasilan buku itu ialah Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr. Madeline Berma dan Associate Penyelidik Kanan, Institut Penyelidikan Khazanah Dr. Sarena Che Omar serta agensi-agensi berkaitan.

Buku ini diterbitkan secara fizikal dan digital yang boleh didapati dan dimuat turun di laman sesawang Agrobank iaitu www.agrobank.com.my.