NGO gesa SPRM siasat kes kartel daging import haram

Iklan
Antara laporan muka depan Sinar Harian berkaitan isu kartel daging haram.

PUTRAJAYA - Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi meminta suruhanjaya itu menjalankan siasatan menyeluruh kes kartel daging import haram di Senai, Johor baru-baru ini.

Dua NGO tersebut ialah Gagasan Baru Harapan Malaysia (GBHM) dan Pertubuhan Kebajikan Anak Bersatu Selangor.

Iklan
Iklan

Presiden GBHM, Mohd Zulfitri Mohd Basir ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini berkata, pihaknya percaya wujud ketirisan dan penglibatan unsur rasuah dalam kalangan pegawai yang menjaga pelabuhan kerana banyak daging import haram berjaya diseludup.

ARTIKEL BERKAITAN: Kartel henti operasi seketika

Iklan

Kartel ciplak tiga jenama daging Australia

30 pusat pengedaran dipercayai ada kaitan kartel

Iklan

Jakim jalin kerjasama tangani isu daging haram

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak Bersatu Selangor, Rahmadin Alimuddin berkata, SPRM perlu menyiasat siapa pemilik sebenar Lesen Import (AP) dalam kes tersebut.

Jurucakap SPRM ketika dihubungi mengesahkan menerima memorandum berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan mengenai kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo Halal di sebuah gudang di Senai. - Bernama