Panggilan palsu guna nama EAIC

Iklan
Panggilan palsu menggunakan nama Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) untuk meminta sejumlah wang. - Foto hiasan 123RF

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) membuat laporan polis berhubung panggilan palsu menggunakan nama suruhanjaya itu bagi meminta sejumlah wang.

Menerusi kenyataan, EAIC menerima telah menerima beberapa aduan daripada mangsa sejak kebelakangan ini.

Iklan
Iklan

"Sehubungan dengan itu, orang ramai yang menerima panggilan meragukan ini dinasihatkan agar berhati-hati dan mendapatkan pengesahan daripada pihak EAIC menerusi talian dan alamat yang dipaparkan di portal rasmi www.eaic.gov.my," katanya.

Dalam pada itu, EAIC turut menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat perkara tersebut.

Iklan
Iklan

"Ia bagi melindungi kepentingan awam serta menjaga reputasi EAIC," katanya.