Kerajaan salur RM34.6 bilion bantu ringan beban rakyat
Iklan
Mohd Shahar
KUALA LUMPUR – Kerajaan telah menyalurkan RM34.6 bilion dalam bentuk subsidi, insentif dan bantuan bagi meringankan beban sara hidup rakyat dalam tempoh hingga suku ketiga tahun ini.
Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah berkata, penerima bantuan berkenaan meliputi golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) selain M40 yang dikatakan paling teruk terjejas akibat Covid-19.
Iklan
Iklan
"Pemberian dan pengagihan subsidi secara bersasar antara matlamat kerajaan untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan serta mengurangkan ketirisan.
"Perbelanjaan sebenar pemberian kerajaan hingga suku ketiga 2020 berjumlah RM34.6 bilion iaitu RM18.2 bilion dibiayai menerusi peruntukan Belanjawan 2020,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Iklan
Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak RM16.4 bilion dibiayai mengikut Kumpulan Wang Covid-19, merangkumi pelbagai sektor antaranya sektor pertanian, sektor kepenggunaan, sektor pengangkutan, sektor keselamatan, sektor komuniti dan keagamaan.
"Ia juga merangkumi sektor kesihatan dan pendidikan, termasuk bantuan sara hidup serta kebajikan masyarakat, bantuan faedah pinjaman dan pemberian elaun,” katanya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sebelum ini beliau dibuang dan diturunkan, kita yang pulihkan dia - PM"><meta itemprop="description" content=""Beliau sebelum ini, dalam pentadbiran lalu telah dibuang dan diturunkan... Kita yang pulihkan dia kerana prestasinya."
Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tindakan terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada persidangan Dewan Rakyat, di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Menurutnya, tindakan yang dikenakan terhadap Shuhaily tidak sepatutnya dianggap sebagai kontroversi politik kerana sebarang dakwaan salah laku perlu melalui proses undang-undang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803059/berita/nasional/prestasi-baik-atau-jasa-seseorang-pegawai-tidak-boleh-dijadikan-alasan-mengetepikan-siasatan-ndash-anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #pm #isuShuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T05:36:24.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P235S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt1pxq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt1pxq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt1pxq"></script>