Putera Harry saman tabloid lagi

Iklan
Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle telah mengemukakan enam tindakan undang-undang dalam tempoh lebih setahun. - Foto Agensi

LONDON - Putera Harry memfailkan dakwaan fitnah bertulis terhadap penerbit tabloid di United Kingdom (UK) berhubung artikel yang mendakwa beliau tidak lagi berhubungan dengan Pasukan Marin Diraja.

Semalam, Daily Telegraph melaporkan pasukan undang-undang Duke of Sussex itu mengambil tindakan tersebut ke atas Associated Newspapers Ltd di Mahkamah Tinggi akhir bulan lalu.

Iklan
Iklan

"Ia berkaitan dengan laporan pada Oktober lalu yang turut menyebabkan seorang komander kanan tentera mengkritik Harry,” menurut laporan itu.

Pewaris keenam takhta Britain itu yang pernah berkhidmat selama sedekad dalam pasukan tentera menyerahkan segala gelaran kehormat beliau termasuk Kapten Jeneral Marin Diraja selepas Harry melepaskan segala keistimewaan beliau pada awal tahun lalu.

Iklan

Sebelum ini, Harry, 36, dan isterinya, Meghan Markle, 39, yang kini menetap di Amerika Syarikat (AS) bersama anak mereka Archie telah mengemukakan enam tindakan undang-undang dalam tempoh lebih setahun.

Duchess of Sussex turut memfailkan saman terhadap Associated Newspapers kerana melanggar privasi dan hak cipta kerana menerbitkan surat ditulis beliau kepada bapanya sebelum berkahwin dengan Harry pada 2018.

Iklan

Dalam kes berasingan, Harry menyaman penerbit tabloid News Group Newspapers dan Mirror Group Newspapers kerana didakwa menggodam telefonnya. - AFP