'Saya tiada kuasa menaikkan, utamakan usul undi tidak percaya'

Iklan
Azhar ketika menjawab soalan daripada RSN Rayer (Jelutong-PH) yang meminta usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri perlu disegerakan.

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menjelaskan beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengutamakan atau menaikkan mana-mana usul untuk diberikan keutamaan termasuklah usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, selama ini ramai ahli Parlimen, cendekiawan, peguam malah bekas Peguam Negara sendiri menyatakan bahawa Speaker Dewan Rakyat mempunyai kuasa untuk memberikan keutamaan kepada mana-mana usul yang dikemukakan tetapi sebenarnya tidak.

Iklan
Iklan

"Keputusan saya selama ini tidak menaikkan notis usul yang dicadangkan oleh ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat kerana ia bukan boleh dilakukan sesuka hati.

"Saya sendiri telah buat kajian mendalam dan melihatnya berdasarkan amalan dan konvensyen Westminster democracy di mana speaker tidak ada kuasa menaikkan usul ke nombor satu,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada RSN Rayer (Jelutong-PH) yang meminta usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri perlu disegerakan sama seperti usul yang diputuskan di Dewan Udangan Negeri (DUN) Perak apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada pihak kerajaan sendiri mengemukakan undi percaya terhadap Menteri Besar.

Katanya, pada masa ini terdapat kira-kira 16 usul undi tidak percaya daripada ahli Parlimen termasuklah satu daripada Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang-BN) di mana ia wajar diberikan keutamaan oleh Speaker Dewan Rakyat.

Iklan

Mengulas lanjut, Azhar berkata, beliau mengambil maklum perkara tersebut tetapi tidak mengetahui bagaimana usul undi percaya di DUN Perak itu ditangani oleh Speaker yang membolehkan ia dinaikkan ke nombor satu.

"Kedua, saya tidak terikat dengan mana-mana tindakan speaker lain terutama di negeri dan kurang arif berhubung peraturan di DUN masing-masing,” katanya.

Walaupun perkara tersebut terus diperdebatkan oleh Rayer dengan menyatakan Malaysia tidak terikat dengan Westminster dan Dewan Rakyat perlu mengambil tindakan sama seperti DUN Perak yang memberikan laluan terutama apabila usul tersebut datangnya daripada wakil rakyat kerajaan sendiri.

Azhar berkata, beliau kurang pasti sama ada Tengku Razaleigh mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

"Itulah saya lakukan dan kalau kita lihat di Afrika Selatan, Australia dan United Kingdom (UK) itulah amalan mereka. Kita digembar-gemburkan supaya mengikut amalan Westminster dan itu yang kita lakukan.

"Tambahan pula saya juga terikat dengan prosedur yang diluluskan oleh Dewan Rakyat,” katanya.

Turut bangun mencelah ialah V Sivakumar (Batu Gajah-PH) yang bertanyakan soal keyakinan terhadap kerajaan dan Perdana Menteri serta siapakah berhak menentukan usul tersebut diberikan keutamaan.

Azhar berkata, ia di bawah bidang kuasa menteri (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Parlimen dan Undang-Undang, Datuk Takiyuddin Hassan).

"Itulah prosedur, itulah amalan dan konvensyen,” katanya.