PPIM nasihat agar tidak terpedaya, GEM bukan dibawah naungannya

Iklan
PPIM menasihati mana-mana pihak agar tidak terperdaya sekiranya terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa Gabungan Ehailing Malaysia (GEM) berada di bawah naungan atau payung persatuan tersebut.

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menasihati mana-mana pihak agar tidak terperdaya sekiranya terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa Gabungan Ehailing Malaysia (GEM) berada di bawah naungan atau payung persatuan tersebut.

PPIM dalam satu kenyataan berkata, semakan terkini mendapati status pendaftaran GEM masih kekal sebagaimana tahun lalu, iaitu sebagai sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, diingatkan bahawa mengikut Akta Pertubuhan 1966, menjadi satu kesalahan untuk menjalankan aktiviti sebagai sebuah pertubuhan tanpa pendaftaran yang sah.

"Pihak GEM bukan merupakan gabungan di bawah naungan PPIM dan tidak pernah mewakili persatuan itu dalam mana-mana urusan atau aktiviti.

Iklan

"Kami mengambil maklum bahawa sehingga kini masih terdapat kekeliruan dalam kalangan segelintir pihak yang beranggapan bahawa GEM mempunyai kaitan dengan pihak kami.

"Bagi mengelakkan sebarang salah faham yang berterusan,ingin ditegaskan PPIM tiada sebarang kaitan mahupun hubungan rasmi dengan GEM," katanya dalam satu kenyataan

Iklan

Tambah kenyataan itu, penjelasan tersebut penting bagi memastikan ketelusan identiti setiap organisasi.

"PPIM sentiasa menghormati usaha mana-mana pihak dalam memperjuangkan nasib komuniti, namun penjelasan ini perlu dibuat demi menjaga kepentingan dan kejelasan peranan masing-masing agar tidak timbul implikasi di masa hadapan.

"Diharapkan penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan bagi semua pihak yang terlibat," ulasnya.