'Ustaz' ditahan disyaki cabul pesakit
Iklan
Polis menahan seorang bekas pengamal perubatan digelar 'ustaz' berhubung dakwaan kes mencabul seorang wanita ketika melakukan rawatan. Gambar kecil: Mohd Adli
HULU TERENGGANU - Polis menahan seorang bekas pengamal perubatan digelar 'ustaz' berhubung dakwaan kes mencabul seorang wanita ketika melakukan rawatan.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, berdasarkan siasatan awal, suspek berusia 52 tahun itu disyaki mencabul seorang wanita berusia 30 tahun dalam kejadian di Kuala Berang, di sini, pada 22 November lalu.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, pada hari kejadian, mangsa yang merupakan seorang jurujual telah bertemu suspek pada jam 8.30 malam untuk berubat.
Katanya, semasa rawatan tersebut, suspek memaklumkan bahawa mangsa telah terkena buatan orang dan perlu membuat rawatan ke atasnya.
Iklan
Beliau berkata, suspek telah meminta izin untuk memegang mangsa dengan tujuan perubatan dan mangsa telah membenarkan.
"Suspek kemudiannya telah memegang payu dara dan kemaluan mangsa serta mencekik leher mangsa.
Iklan
"Sebaik selesai rawatan suspek memaklumkan beliau akan datang ke rumah mangsa untuk melihat keadaan rumah bagi meneruskan rawatan," katanya kepada pemberita, hari ini.
Menurut Mohd Adli, mangsa telah menjemput suspek datang ke rumahnya di Kuala Nerus untuk rawatan pada jam 2.30 petang pada 24 November lalu.
"Selesai rawatan yang diberikan 'ustaz' tersebut telah meminta izin mangsa untuk mencium mangsa tetapi mangsa tidak membenarkan," katanya.
Beliau berkata, mangsa kemudian telah pergi ke sebuah pusat perubatan Islam di Kuala Ibai, Kuala Terengganu untuk bertanya lanjut mengenai proses rawatan yang diberikan oleh suspek berkenaan.
Katanya, mangsa dimaklumkan oleh pihak perubatan Islam itu bahawa suspek digantung tugas dan pihak berkenaan meminta mangsa membuat laporan polis.
Mohd Adli berkata, suspek berkenaan direman selama empat hari bermula 6 hingga 9 Disember 2020.
Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
BERITA SEMASA 28 APRIL 2024
Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif akan mendapatkan penjelasan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) berhubung isu tular yang mendakwa pihak kantin menjual makanan tidak bersih di sebuah sekolah menengah di sini baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Diminta mengulas lanjut, Mohd Arifin menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap isu terbabit.
Dalam pada itu, JPNS turut diminta memastikan pengusaha kantin atau pemegang tender membekalkan makanan di asrama mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam penyediaan makanan kepada murid atau pelajar di sekolah masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661794/berita/semasa/jpns-diminta-beri-penjelasan-kantin-sekolah-jual-makanan-tidak-bersih
Muzik: Elevate dari www.bensound.com