SEMPORNA - Seorang lelaki hilang manakala empat lagi cedera dalam insiden dua bot penumpang bertembung di kedudukan 0.3 batu nautika dari timur Jeti Pelancong Semporna di sini pagi Jumaat.
Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir Shubli berkata, Pusat Kecil Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kota Kinabalu menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 11.30 pagi.