Suami isteri maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

Iklan
Pacuan empat roda yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di di Kampung Minangkob, Jalan Tamparuli-Ranau, Tuaran.

TUARAN - Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Kampung Minangkob, Jalan Tamparuli-Ranau di sini pada petang Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, pasangan berkenaan yang identiti belum dikenal pasti disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lelaki berusia 30-an yang berada di dalam pacuan empat roda mengalami kecederaan.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.24 petang.

Menurutnya, seramai 10 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 25 kilometer dari BBP Tuaran.

Iklan

"Kemalangan melibatkan sebuah pacuan empat roda jenis Ford Ranger Raptor yang bertembung dengan sebuah motosikal jenis Yamaha LC.

"Terdapat empat mangsa terlibat, dua daripadanya berada di dalam pacuan empat roda telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba dan dihantar ke Hospital Tuaran menggunakan ambulans," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Beliau berkata, dua lagi mangsa iaitu penunggang dan pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

"Kedua-dua mangsa adalah pasangan suami isteri dan mayat mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 6.30 petang," katanya.