Jakim, kementerian pantau isu kartel daging haram
Iklan
Zulkifli Mohamad Al-Bakri
SEREMBAN - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan kerjasama dengan agensi dan kementerian terlibat dalam memantau isu kartel daging haram dan penjualan daging sejuk beku di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya peka dengan isu tersebut dan berharap semua pihak dapat bersama bagi menanganinya.
Iklan
Iklan
"Kita akan memantau isu ini dan akan menjalinkan kerjasama dengan badan-badan agensi dan kementerian terlibat, di samping mendapatkan sokongan daripada kerajaan negeri masing-masing untuk memastikan status halal itu jelas dan benar-benar diperakui dan tidak diragui lagi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa program menyantuni gelandangan dan mualaf sempena bulan dakwah bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, di Rumah Gerobok Rezeki, Bandar Seremban hari ini.
Iklan
Beliau mengulas mengenai taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula dengan logo halal dan menjualnya ke pasaran Malaysia.
Perkara itu dilaporkan Sinar Harian dalam serbuan bersepadu agensi penguat kuasa di sebuah gudang di Senai, kelmarin.
Iklan
Sementara itu, ketika ditanya kemungkinan terdapat pegawai Jakim dipercayai terlibat dalam pemberian cop logo halal palsu, beliau menjelaskan bahawa beliau yakin dengan kakitangan Jakim di bawah seliaannya.
Katanya, beliau sentiasa mengingatkan pegawai dan kakitangan di bawah seliaannya supaya bersikap jujur dalam kerja dan berintegriti semasa melaksanakan tugas.
"Saya tidak akan kata macam itu (tidak terlibat) melainkan terbukti, saya baru melawat tempat Jakim, makmalnya, halalnya, semua berada dalam keadaan terbaik.
"Saya selalu memberi peringatan kepada diri saya, dan juga kepada semua pegawai serta kakitangan di bawah agensi saya supaya bekerja dengan jujur dan sentiasa berintegriti tinggi, insya- ALLAH," katanya.
Sinar Harian pada 23 November lalu mendedahkan mengenai syarikat ejen fret (freight forwarder) yang menguruskan proses pengimportan daging sejuk beku halal mengambil jalan mudah mengimport daging sejuk beku dari negara yang tidak menerima kelulusan sah Jakim.
Kegiatan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu itu didakwa mendapat bantuan daripada ‘orang dalam’ di pintu masuk negara apabila kebanyakan daging sejuk beku import itu dibawa masuk menggunakan dokumen palsu.
Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tindakan terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada persidangan Dewan Rakyat, di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Menurutnya, tindakan yang dikenakan terhadap Shuhaily tidak sepatutnya dianggap sebagai kontroversi politik kerana sebarang dakwaan salah laku perlu melalui proses undang-undang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803059/berita/nasional/prestasi-baik-atau-jasa-seseorang-pegawai-tidak-boleh-dijadikan-alasan-mengetepikan-siasatan-ndash-anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.