Tak sempat joli hasil jual mercun
Iklan
Noorzainy menunjukkan antara mercun yang dirampas dalam Op Limau.
KEPALA BATAS - Niat dua lelaki untuk mendapat hasil lumayan daripada mercun yang dijual lebur apabila kedua mereka ditahan dalam dua serbuan berasingan di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, serbuan pertama di sebuah rumah kedai di Jalan Raja Uda sebelum serbuan kedua dijalankan di Bagan Ajam, Telok Air Tawar.
Iklan
Iklan
"Polis merampas sejumlah besar mercun dan bunga api, masing-masing bernilai RM50,000 dan RM40,000 bagi rampasan di dua lokasi berbeza dalam Op Limau.
"Siasatan yang dijalankan mendapati kedua suspek berusia 35 dan 25 tahun tidak mempunyai permit yang sah untuk menjual mercun dan bunga api,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Utara di sini, hari ini.
Iklan
Antara mercun yang dirampas dalam serbuan sebuah rumah kedai di Jalan Raja Uda dan Bagan Ajam, Telok Air Tawar.
Menurutnya, kedua suspek itu mengaku mendapat bekalan mercun dan bunga api daripada negara jiran.
"Siasatan dijalankan mendapati kedua suspek mengaku menjual mercun dan bunga api sekitar Butterworth dan Mak Mandin dan rampasan melibatkan 71 kotak besar yang mengandungi pelbagai jenis mercun dan jenama.
Iklan
"Semakan mendapati kedua-duanya yang menjalankan perniagaan sendiri itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah,” katanya.
Noorzainy berkata, suspek berkenaan ditahan reman tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan"><meta itemprop="description" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keskelewatanpenerimaanbajatambahan #bajatigpesawah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-13T10:10:51.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaxe1em"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaxe1em"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaxe1em"></script>