IGEM 2018 capai objektif

Iklan

INTERNATIONAL Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) 2018 menandakan pembuka tirai Malaysia bagi 'Peta Rencana Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Pakai Buang 2018-2030” yang menggariskan strategi tunggal negara untuk tidak lagi mengguna pakai plastik secara holistik melalui penerapan pendekatan secara berperingkat.

Peta Rencana ini menunjukkan betapa perlunya untuk mengadakan perkongsian antara kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bersama-sama orang ramai untuk terus meningkatkan penyesuaian untuk memilih opsyen yang lebih mesra alam melalui instrumen ekonomi, program pendidikan dan kesedaran.

Semasa pelancaran Peta Rencana, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, berkata IGEM sentiasa memainkan peranan yang penting dalam mengembangkan agenda hijau negara. Memandangkan tema tahun ini adalah sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ia merupakan pentas yang sempurna untuk melancarkan Peta Rencana Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Pakai Buang 2018-2030.

"Salah satu kunci untuk mewujudkan masa depan yang lebih hijau, terletak pada pengurusan pencemaran plastik. Peta Rencana ini membantu kita menangani impak alam sekitar akibat penggunaan plastik. Saya harap rakyat akan melaksanakan, menghulurkan sokongan mereka, membina Malaysia yang bebas daripada penggunaan pakai sekali plastik," kata beliau.

Sebagai sebahagian daripada penekanan kerajaan untuk meningkatkan segmen tenaga boleh diperbaharui kepada 20 peratus menjelang 2025, pihak berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari mengumumkan 114.5MW kuota baharu untuk program tarif pembayaran tenaga terbaharu atau feed-in tariff (FIT), yang terdiri daripada 74.5MW untuk hidro kecil, 10MW untuk biomas dan 30MW untuk biogas, yang akan dianugerahkan melalui e-bidaan.

Di samping itu, program Skala Besar Suria 3 untuk mengembangkan kapasiti penjanaan sehingga 500MW telah dilancarkan, dengan permintaan untuk cadangan membangunkan projek solar tahun 2019. Dua penambahbaikan kepada program Pemeteran Tenaga Bersih atau Net Energy Metering (NEM) juga dicadangkan antara lain adalah untuk menggalakkan pengeluar tenaga bebas untuk mengembangkan grid elektrik negara.

IGEM 2018 juga mengadakan kerjasama dengan beberapa pertubuhan antarabangsa termasuk Dewan Perniagaan dan Industri EU-Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Kedutaan Republik Korea Selatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, The British High Commission, Construction Industry Development Board (CIDB) dan Malaysia Green Building Confederation (MGBC) untuk membawa perbincangan bermaklumat dan berwawasan kepada pembuat dasar, pemimpin korporat, pelabur, penyelidik dan ahli akademik.

Setelah mengambil bahagian dalam IGEM sebelumnya, Ketua Pegawai Eksekutif EUMCCI, Roberto Benetello berkata, IGEM 2018 adalah platform yang sempurna bagi perniagaan EU mempamerkan keupayaan mereka dalam penyelesaian kemapanan, teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui untuk melengkapi usaha Malaysia dalam memimpin agenda hijau di rantau ini.

"Kami percaya bahawa perniagaan EU adalah rakan kongsi yang tepat dalam membantu Malaysia Baharu untuk mencapai sasaran yang bercita-cita tinggi dalam penjanaan tenaga boleh diperbaharui dan memperbaiki kecekapan tenaga.”

Bagi memupuk perkongsian rapat dengan sektor awam dan swasta, IGEM 2018 telah menganjurkan majlis makan malam sempena penyampaian Anugerah Tenaga Kebangsaan atau National Energy Awards (NEA) buat kali pertamanya untuk memberi ganjaran kepada organisasi perintis yang telah melaksanakan langkah-langkah melestari dalam operasi mereka.

Berikutan jemputan terbuka untuk penyertaan pada Januari, panel hakim yang terdiri daripada pakar, pemimpin industri dan ahli akademik dari sektor awam dan swasta telah menilai 73 serahan untuk memilih tujuh pemenang dan enam tempat kedua bagi kategori kecekapan tenaga bersama-sama empat pemenang dan dua tempat kedua bagi kategori tenaga boleh diperbaharui.

Pemenang kategori kecekapan tenaga telah dipilih untuk melaksanakan langkah-langkah kecekapan tenaga dalam bangunan dan industri melalui reka bentuk inovatif. Bagi kategori tenaga boleh diperbaharui, pemenang dipilih untuk menggunakan teknologi tenaga boleh diperbaharui, seperti terma, solar atau biofuel, ke dalam operasi mereka.

IGEM merupakan peluang penting untuk membina kesedaran hijau dengan orang ramai seperti mana menurut Yeo Bee Yin, ia akhirnya akan menjadi pilihan individu untuk menjadikan rumah dan tempat kerja mereka lebih lestari.

IGEM 2018 telah meletakkan penekanan khusus untuk menanamkan kesedaran hijau dalam kalangan generasi muda, dengan sejumlah besar belia menghadiri, memaparkan minat mendalam terhadap penyelesaian teknologi yang dibentangkan.

"Mereka adalah masa depan, pewaris ekonomi hijau. Kerjasama kita dengan mereka bukan sekadar menanam daya tarikan dengan teknologi hijau tetapi untuk menggalakkan mereka menjadi pemimpin hijau, yang boleh membentuk pola pikir rakan-rakan mereka dan membentuk lebih banyak perkongsian melalui kuasa digital mereka," kata Yeo Bee Yin.

Disokong oleh kejayaan ini, Kementerian mengumumkan IGEM 2019 akan diadakan dari 9 hingga 11 Oktober di Kuala Lumpur Convention Centre, menandakan mercu tanda ulang tahun ke-10 acara tersebut. Untuk butiran lanjut mengenai rancangan IGEM 2019 dan melihat sorotan IGEM 2018, sila lawati www.igem.my.

* Ruangan ini dikelolakan oleh GreenTech Malaysia

Iklan
Iklan