Syarikat langgar SOP akan diarah tutup serta-merta
Iklan
Mohamed Azmin Ali. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan berdepan dengan tindakan pembatalan kebenaran beroperasi serta-merta selain dikenakan tindakan undang-undang.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, satu surat mengenai arahan pematuhan SOP telah dikeluarkan pihaknya kepada 171 persatuan dan dewan perniagaan pada 26 November lalu.
Iklan
Iklan
"Surat tersebut sebagai membuktikan bahawa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri memandang serius kepada aspek pematuhan SOP berikutan peningkatan kes baharu koronavirus (Covid-19) ketika ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Makan Tengah Hari bersama Pertubuhan Pewaris Anak-anak Melayu Gombak dan Penggerak Komuniti Tempatan Gombak di sini hari ini.
Iklan
Memperincikan kandungan surat tersebut, Mohamed Azmin berkata, syarikat yang didapati melanggar SOP dan tidak memberikan kerjasama kepada Kementerian Kesihatan (KKM) akan dikenakan tindakan menutup premis dan kilang berkenaan di bawah Seksyen 18 1 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
"Soalnya sekarang adalah pematuhan SOP serta tanggungjawab majikan menanggung kos ujian saringan Covid-19 dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan,” katanya.
Iklan
Mohamed Azmin berkata, pemain industri perlu memainkan peranan dengan menyumbang usaha ke arah memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dikawal.
"Jangan letak beban kepada kerajaan sahaja. Industri telah meraih keuntungan yang besar maka mereka juga perlu menyumbang kepada usaha mengekang penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pekerja khususnya warga asing,” tegasnya.
Terdahulu, Mohamed Azmin menyampaikan sumbangan kepada 25 penerima terdiri daripada pelajar golongan B40 dan masyarakat Orang Asli, koperasi sekolah serta pengusaha perusahaan kecil.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="KLIA makin canggih, penyeludup dadah beralih ke lapangan terbang lain termasuk Pulau Pinang, Kota Bharu - PM"><meta itemprop="description" content="KLIA makin canggih, penyeludup dadah beralih ke lapangan terbang lain termasuk Pulau Pinang, Kota Bharu - PM
Penyeludup dadah kini dipercayai beralih menggunakan lapangan terbang lain termasuk di Pulau Pinang dan Kota Bharu selepas menyedari penggunaan teknologi pengesanan lebih canggih di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan taktik itu menyebabkan kerajaan perlu memperluas penggunaan teknologi kamera litar tertutup (CCTV) analitik kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan kegiatan penyeludupan dadah di pintu masuk negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803074/berita/nasional/klia-makin-canggih-penyeludup-dadah-beralih-ke-lapangan-terbang-lain-termasuk-pulau-pinang-kota-bharu---pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #pm #isuseludupdadah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T06:19:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P98S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt1wtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt1wtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt1wtu"></script>