Presiden Brazil enggan divaksin

Iklan
Presiden Brazil, Jair Bolsonaro. - Foto Agensi

BRASILIA - Presiden Brazil, Jair Bolsonaro berkata, beliau tidak akan menjalani suntikan vaksin koronavirus (Covid-19) biarpun mendapat persetujuan daripada pentadbirannya sendiri.

"Saya beritahu anda, saya tidak akan mengambilnya (vaksin). Itu hak saya," katanya dalam rakaman video yang dimuat naik di media sosial kelmarin.

Iklan
Iklan

Bolsonaro sebelum ini dikritik teruk kerana memperlekeh ancaman Covid-19 sebelum beliau sendiri diuji positif virus itu pada awal Julai lalu.

Malah, separuh daripada menteri Kabinetnya turut dijangkiti virus tersebut.

Iklan

Kementerian Kesihatan Brazil baru-baru ini telah bersetuju dengan pembelian 100 juta dos vaksin berbeza yang dikembangkan AstraZeneca dan Universiti Oxford.

Setakat semalam, Brazil muncul di belakang Amerika Syarikat (AS) sebagai negara paling teruk dijangkiti wabak berkenaan di dunia.

Iklan

Dalam tempoh 24 jam lalu, negara Amerika Latin itu merekodkan 171,460 kes kematian dan lebih 6.2 juta kes jangkitan di seluruh negara. - AFP