Mangsa banjir di Terengganu meningkat
Iklan
Kawasan kediaman di Kampung Bukit Tadok, Hulu Terengganu yang dinaiki air.
KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu bertambah kepada 530 orang, melibatkan 131 keluarga berbanding 520 orang dengan 130 keluarga semalam.
Sehingga jam 8 pagi tadi, enam daerah masih terjejas akibat banjir iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Dungun, Setiu, Marang dan Kemaman, dengan 20 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di seluruh Terengganu.
Iklan
Iklan
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, Kuala Nerus kekal menjadi daerah paling terjejas dengan jumlah mangsa seramai 233 orang, melibatkan 56 keluarga dan kini ditempatkan di tujuh PPS.
"Ia meningkat berbanding semalam, hanya 180 mangsa daripada 41 keluarga ditempatkan di empat PPS. Dungun pula menjadi daerah kedua tertinggi, dengan jumlah mangsa teramai seramai 132 orang daripada 33 keluarga dan ditempatkan di enam PPS.
Iklan
"Ia diikuti daerah Marang apabila 25 keluarga membabitkan 100 mangsa ditempatkan di tiga PPS," katanya.
Di Kuala Terengganu, hanya sebuah PPS dibuka di Kuala Terengganu bagi menempatkan 38 mangsa daripada 11 keluarga.
Iklan
Sementara di Kemaman, jumlah mangsa banjir kekal dengan 18 mangsa daripada empat keluarga yang berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kemasik sementara dua keluarga melibatkan sembilan mangsa masih ditempatkan di dua PPS di Setiu.
ARTIKEL BERKAITAN: Banjir di Terengganu semakin pulih
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'"><meta itemprop="description" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #botdirempuh #nelayanasing"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T08:31:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P110S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt2pm6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt2pm6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt2pm6"></script>