'Jangan biar Tun Mahathir berseorangan'
Iklan
Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR - Kesemua jentera pentadbiran kerajaan, terutama menteri dan timbalan menteri harus membantu menerangkan dasar kerajaan kepada rakyat, kata bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar.
Bekas Ahli Parlimen Kota Tinggi yang mempunyai pengalaman dalam pentadbiran hampir 20 tahun itu berkata, timbul persepsi kini bahawa semua perkara perlu bergantung kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semata-mata.
Iklan
Iklan
Katanya lagi, persepsi seperti itu merupakan sesuatu yang berbahaya dan mampu mengganggu kejituan PH sebagai kerajaan pemerintah.
"Saya fikir soal pokok dalam hal ini, soal bertindak sebagai satu pasukan. Apakah makna bertindak sebagai satu pasukan? Kalau ada kapten, ikut kata-kata kapten, ikut arahan kapten dan tentukan kita sama sama jelaskan dengan komitmen yang sama, pegangan yang sama, naratif yang sama terhadap isu sama.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: PKR Selangor perlu ingat sejarah mungkin berulang
"Jangan ada dua tiga versi dalam soal yang dibangkitkan sama ada oleh pembangkang atau rakyat. Perkara ini boleh jadi penentu pada kepercayaan orang ramai, akan hilang defisit kepercayaan terhadap PH seolah tak ada hala tuju,” katanya kepada Astro Awani, hari ini.
Iklan
Semalam, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, tidak mustahil kerajaan PH yang menguasai Putrajaya dan beberapa negeri lain akan tumbang jika pemimpinnya enggan menerima teguran.
Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata, anggota Kabinet perlu merapatkan jurang dengan penjawat awam bagi melancarkan usaha menyampai dan melaksanakan dasar kerajaan.
"Jadi menteri, timbalan, Perdana Menteri sendiri, perlu memberikan arahan yang jelas supaya mereka dapat melaksanakan aspirasi dan citarasa parti yang jadi pemerintah.
"Penjawat awam tahu tanggungjawab mereka untuk laksanakan apa juga keputusan dasar yang dibuat oleh kerajaan semasa. Jadi mereka nak laksanakan, tapi macam mana kalau tak ada petunjuk, arahan jelas, mereka tidak ada kepastian keputusan untuk mereka bertindak,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kecurian kabel rel: Ada keperluan mendesak pinda undang-undang - Menteri"><meta itemprop="description" content="Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui terdapat keperluan mendesak untuk meneliti dan meminda peruntukan undang-undang sedia ada berhubung kes kecurian komponen dan kabel rel bagi memastikan hukuman yang dikenakan benar-benar memberi kesan pencegahan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam satu pertemuan melibatkan semua operator perkhidmatan kereta api termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang merupakan pemilik projek East Coast Rail Link (ECRL) serta Prasarana Malaysia (Prasarana) baru- baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766625/berita/nasional/kecurian-kabel-rel-ada-keperluan-mendesak-pinda-undang-undang---menteri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #keskecuriankabelrel #SaifuddinNasution"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-03T10:15:09.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zz2oe1fWShFCdPxqE/x180"><meta itemprop="duration" content="P151S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9z4rs8"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9z4rs8"></script>