'Pemergian Baharuddin kehilangan besar buat negara'

Iklan
Mendiang Baharuddin yang merupakan anggota Batalion 3 (Senoi Praaq), Briged Utara, PGA, meninggal dunia akibat cedera parah dalam kejadian itu.

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), mendiang Koperal Baharuddin Ramli yang terkorban selepas terkena tembakan di sempadan Malaysia-Thailand awal pagi tadi..

Abdul Hamid berkata, mendiang berusia 54 tahun yang merupakan anggota Batalion 3 (Senoi Praaq), Briged Utara, PGA, meninggal dunia akibat cedera parah dalam kejadian itu yang berlaku semasa melakukan penugasan kawalan keselamatan Op Benteng.

Iklan
Iklan

"Insiden berbalas tembakan itu berlaku antara anggota PGA dengan dua kumpulan penyeludup ketika mendiang sedang menjalankan tugas risikan di tembok sempadan (TS9), yang turut mencederakan seorang lagi rakan setugas mendiang.

"Sesungguhnya, pemergian mendiang Baharuddin merupakan satu kehilangan besar buat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan negara,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman rasmi Facebook PDRM.

Iklan

Dalam kejadian jam 3.10 pagi itu, mangsa sedang bertugas bersama rakan pasukan, Koperal Norihan a/l Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah dan kini sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Perlis. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

Iklan

Kes tembak di sempadan: Seorang lagi anggota PGA cedera

Kes tembak: Polis Perlis tahan dua penyeludup warga Thailand