Mangsa banjir di Perak terus meningkat
Iklan
Operasi menyelamat dan memindahkan mangsa ke PPS dilakukan pasukan penyelamat di Ijok semalam. - Foto Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak
IPOH - [DIKEMAS KINI] Mangsa banjir di Perak terus meningkat kepada 736 orang daripada 257 keluarga dengan satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Larut Matang Selama dibuka setakat jam 6 pagi tadi.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, seramai 364 orang membabitkan 135 keluarga terpaksa dipindahkan ke PPS Masjid Toh Paduka, Ijok bermula jam 7 malam selepas kediaman masing-masing dinaiki air melebihi paras pinggang.
Iklan
Iklan
"Mereka adalah dari Kampung Bendang Luas, Kampung Teras, Kampung Masjid dan Kampung Batu Gelugor dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurutnya, mangsa banjir yang berlindung di PPS Dewan Semai Bakti, Felda Ijok di daerah sama turut meningkat, sejak semalam kepada 103 mangsa daripada 25 keluarga berbanding 67 orang pada sebelah petang.
Iklan
"Mangsa banjir yang ditempatkan di dua lagi PPS di daerah sama pula masih kekal iaitu 47 mangsa membabitkan 12 keluarga di Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim, Matang dan 55 lagi berlindung di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ara, Batu Kurau," katanya.
Bagi daerah Kerian, mangsa yang berlindung di PPS di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman, Bagan Serai yang dibuka Jumaat lepas turut meningkat kepada 152 orang berbanding 123 mangsa pagi kelmarin.
Iklan
Mereka merupakan penduduk dari Kampung Tebuk Panchur, Kampung Alor Setanggok, Kampung Tanjung Bugis, Kampung Parit Air Itam 2 dan 3, Kampung Ban Pisang, Kampung Padang Lalang, Kampung Parit Abu Hassan Ban dan Kampung Parit Ali Kalang.
Mangsa terbaharu merupakan penduduk dari Kampung Parit Mat Keling dan Kampung Lebai Kadir yang turut terjejas akibat banjir.
Selain itu, di daerah Hilir Perak, sebuah PPS yang dibuka di dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan, Langkap pada Khamis lepas masih kekal menempatkan 15 mangsa dari Kampung Belakang Kilang Kacang dan Kampung Sungai Tukang Sidin.
ARTIKEL BERKAITAN: [DIKEMASKINI] Banjir: 246 penduduk dipindahkan di Perak
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.