Kemudahan i-Sinar penting kepada golongan memerlukan: MEF
Iklan
Gambar kecil: SYED HUSSAIN
KUALA LUMPUR - Keputusan untuk membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah kemudahan i-Sinar akan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan dalam tempoh yang amat mencabar ini, menurut Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).
Presidennya, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, langkah itu wajar dan perlu, terutamanya bagi mereka yang telah kehilangan pekerjaan atau dipotong gaji atau pendapatan mereka dikurangkan, justeru, memerlukan campur tangan segera untuk memastikan kelangsungan hidup mereka.
Iklan
Iklan
"Difahamkan bahawa KWSP telah mengambil pertimbangan yang teliti mengenai implikasi dengan membenarkan pencarum yang layak untuk mengakses Akaun 1.
"Langkah sedemikian tidak akan dibenarkan dalam keadaan normal, tetapi berdasarkan situasi semasa, kemudahan i-Sinar ternyata akan mengurangkan impak yang dihadapi oleh mereka yang paling terjejas oleh situasi itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Iklan
Syed Hussain berkata, MEF menyokong usaha yang dilakukan oleh KWSP untuk pelaburan dan penjualan asetnya, serta yakin bahawa KWSP akan mengambil semua langkah yang diperlukan untuk melindungi pencarumnya.
"KWSP mungkin perlu menjual aset dalam keadaan luar biasa ini untuk memastikan terdapat penampan tunai bagi memenuhi keperluan semua pencarum, terutamanya untuk persediaan bagi kemudahan i-Sinar untuk membantu pencarum yang terjejas oleh pandemik koronavirus (Covid-19),” katanya.
Iklan
Pada Isnin, KWSP mengumumkan perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar, melibatkan dua juta ahli yang layak.
Ahli yang layak boleh mengakses 10 peratus daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sebelum ini beliau dibuang dan diturunkan, kita yang pulihkan dia - PM"><meta itemprop="description" content=""Beliau sebelum ini, dalam pentadbiran lalu telah dibuang dan diturunkan... Kita yang pulihkan dia kerana prestasinya."
Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tindakan terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada persidangan Dewan Rakyat, di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Menurutnya, tindakan yang dikenakan terhadap Shuhaily tidak sepatutnya dianggap sebagai kontroversi politik kerana sebarang dakwaan salah laku perlu melalui proses undang-undang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803059/berita/nasional/prestasi-baik-atau-jasa-seseorang-pegawai-tidak-boleh-dijadikan-alasan-mengetepikan-siasatan-ndash-anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #pm #isuShuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T05:36:24.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P235S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt1pxq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt1pxq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt1pxq"></script>