Letupan sisa bahan kimia di kawasan industri
Iklan
Anggota bomba melakukan pemeriksaan dan bacaan suhu selepas satu letupan melibatkan sisa bahan kimia di sebuah pusat pembangunan barangan elektrik berjenama di Taman Perindustrian Senai, Johor Bahru hari ini.
JOHOR BAHRU - Satu letupan melibatkan sisa bahan kimia berlaku di sebuah pusat pembangunan barangan elektrik berjenama di Taman Perindustrian Senai dekat sini hari ini.
Kejadian pada jam 9.09 pagi itu tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana semasa letupan tiada pekerja di kawasan tersebut.
Iklan
Iklan
Seramai 25 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT), dua jentera Light Fire Rescue Team (LFRT) serta satu unitili Rapid Rescue Vehicle (RRV) dikejarkan ke tempat kejadian.
Komander operasinya, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Awang berkata, mereka dibantu sebuah jentera dan anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat).
Iklan
"Setibanya di lokasi, anggota mendapati berlaku letupan kecil di kawasan yang dijadikan 'waste storage' di premis berkenaan.
"Kawasan itu menempatkan pelbagai jenis bahan kimia yang digunakan di kilang terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Menurutnya, letupan berkenaan tidak melibatkan sebarang kerosakan dan kebocoran bahan kimia kecuali bau daripada bahan kimia berkenaan.
"Pasukan Hazmat turut mengambil bacaan udara di kawasan berkenaan sebagai langkah pencegahan," katanya.
Selepas semua terkawal dan selamat katanya, kes berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak pengurusan kilang untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, operasi terbabit kemudian ditamatkan pada jam 12.01 tengah hari.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>