2,562 kes demam denggi, lapan kematian di Melaka
Iklan
Sebanyak 2,562 kes demam denggi dengan lapan kematian direkodkan di Melaka dalam tempoh 1 Januari hingga 10 November lepas.
MELAKA TENGAH - Sebanyak 2,562 kes demam denggi dengan lapan kematian direkodkan di Melaka dalam tempoh 1 Januari hingga 10 November lepas, kata Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, 1,733 kes direkodkan di Daerah Melaka Tengah, 450 kes di Jasin dan 379 kes di Alor Gajah, manakala sebanyak 15 lokaliti titik panas wabak denggi telah dikenal pasti di sekitar negeri ini pada tahun ini.
Iklan
Iklan
"Pelbagai usaha dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak demam denggi seperti pengabutan atau ‘fogging’, program gotong-royong, kempen kesedaran dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk aedes namun kes dilihat terus mencatatkan peningkatan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam tempoh itu, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah melaksanakan aktiviti pemusnahan tempat pembiakan di 125,819 premis di sekitar negeri ini dan 7,123 daripadanya merupakan lokasi pembiakan positif larva nyamuk aedes.
Iklan
Katanya, aktiviti Semburan Ruang Thermal (SRT) telah dilakukan di lokasi kes dan kawasan berisiko tinggi iaitu sebanyak 3,584 kali semburan dalam tempoh 1 Januari hingga 2 November lepas.
Rahmad berkata, sebanyak 1,277 bentuk aktiviti pendidikan kesihatan berkaitan demam denggi merangkumi ceramah, gotong-royong, hebahan dan pameran telah dijalankan dalam tempoh berkenaan.
Iklan
"Kempen Satu Jam Setiap Sabtu juga telah dilancarkan pada 24 Oktober lepas bertujuan mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes khususnya di kawasan rumah masing-masing.
"Kes demam denggi lebih melibatkan aspek kebersihan dan saya merayu masyarakat untuk terus memastikan kawasan rumah mereka sentiasa dibersihkan dan tiada tempat pembiakan nyamuk aedes," katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Seorang hulur RM1 pun saya syukur' - Ibu gigih kumpul dana rawat anak derita Sindrom Alagille"><meta itemprop="description" content="Hati seorang ibu mana yang tidak sayu apabila melihat anak kecil yang baru berusia tiga tahun sudah diuji kesakitan ketika sedang berjuang melawan penyakit Sindrom Alagille.
Penyakit yang dihidapi Aisy Nur Dareesa Mohd Sahril Azuan itu merupakan penyakit genetik yang jarang berlaku dan boleh menjejaskan beberapa organ utama seperti hati, jantung, mata, tulang dan buah pinggang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769088/edisi/melaka-ns/seorang-hulur-rm1-pun-saya-syukur---ibu-gigih-kumpul-dana-rawat-anak-derita-sindrom-alagille
Muzik: Veance D- Rustle od Leaves dari Bensound.com 
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bantuan #AisyNurDareesa"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-24T03:00:57.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/a6aYC1fdHHfe5YnzG/x120"><meta itemprop="duration" content="P254S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0mavg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0mavg"></script>