Bicara kes 1MDB Najib ditangguh lagi
Iklan
Najib
KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijadualkan esok, ditangguh sekali lagi berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan 14 hingga 17 Disember untuk menyambung semula perbicaraan itu yang sepatutnya berlangsung esok hingga 12 November di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.
Iklan
Iklan
"Kami telah dimaklumkan mengenai tarikh baharu perbicaraan itu oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Farah Azura Mohd Saad melalui emel pagi ini," katanya.
Apabila perbicaraan disambung semula, pihak pembelaan dijangka meneruskan soal balas ke atas bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman.
Iklan
Pada 5 Oktober, mahkamah menangguhkan perbicaraan ke 19 Oktober selepas membenarkan permohonan pasukan pembelaan untuk menunda kes berkenaan kerana bekas Perdana Menteri itu menjalani kuarantin dua minggu selepas pulang berkempen untuk Pilihan Raya Negeri di Sabah bulan lepas.
Mahkamah kemudian menjadualkan semula tarikh perbicaraan kepada esok susulan pelaksanaan PKPB.
Iklan
Najib, 67, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Guru berdepan dua pertuduhan amang seksual pelajar Tingkatan Tiga"><meta itemprop="description" content="Seorang guru di sebuah sekolah menengah di Jelebu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga, Ogos lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, Muhammad Faaris Ar Radhi Mohamad Fadzil, 29, didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806057/berita/mahkamah/guru-berdepan-dua-pertuduhan-amang-seksual-pelajar-tingkatan-tiga
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesjenayahseksual"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-25T07:50:41.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/hE3Iw1h1fDHsh8A8M/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbzphoa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbzphoa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbzphoa"></script>