'Jangan provokasi gajah liar lintas jalan'
Iklan
Kumpulan gajah yang melintas di Jalan Kluang-Mersing tular di media sosial sejak semalam.
KLUANG - Kira-kira 50 ekor gajah liar yang dipercayai daripada kumpulan di Taman Negara Endau-Rompin disahkan melintasi Jalan Kluang - Mersing pada 4 November lalu.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Salman Saaban berkata, kumpulan gajah liar berkenaan keluar dari Ladang Pak Loh dan dipercayai masih berada di sekitar Ladang Projek Pertanian Moden Kluang, Batu 16.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pihaknya sudah menerima mengenai laporan kejadian itu dan masih menjalankan pemantauan bagi memastikan kumpulan gajah berkenaan tidak diganggu.
"Kawasan terbabit merupakan laluan untuk ke daerah Kluang dan Mersing. Diharapkan pemandu tidak buat provokasi sewaktu bertemu dengan gajah yang melintas.
Iklan
"Tindakan ini boleh mengundang risiko dengan kejadian tidak diingini boleh berlaku," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Salman berkata, penduduk kampung yang menyaksikan kumpulan gajah berkenaan di kawasan penempatan mereka dikehendaki membuat laporan kepada Perhilitan.
Iklan
Sejak semalam, video berdurasi sembilan saat itu tular di media sosial dengan pelbagai komen termasuk menggesa Perhilitan mengambil tindakan melindungi haiwan berkenaan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>