Op Selamat 14 tumpu enam kesalahan
Iklan
Kumaran menyampaikan kit pemanduan cermat di Plaza Tol Bukit Jelutong, Lebuhraya Guthrie, hari ini.
SHAH ALAM - Op Selamat 14 sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina akan memberi tumpuan khusus terhadap enam kesalahan utama dalam usaha mengurangkan statistik kes kemalangan jalan raya di musim perayaan.
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Datuk K Kumaran berkata, antara kesalahan berkenaan termasuklah memandu di lorong kecemasan, memandu melebihi had laju serta tidak mematuhi lampu isyarat.
Iklan
Iklan
Selain itu, katanya kesalahan lain pula melibatkan penggunaan telefon bimbit semasa memandu, memotong di garisan berkembar serta kesalahan memotong barisan.
"Seperti mana tahun-tahun lalu, fokus kita juga tertumpu kepada dua perkara iaitu mengurangkan kes-kes pecah rumah di musim perayaan serta mengurangkan kes-kes kemalangan jalan raya khususnya kemalangan maut.
Iklan
"Kita juga mahu memberi kesedaran kepada masyarakat terutama melibatkan keselamatan semasa pulang ke kampung halaman serta memastikan mengikuti peraturan jalan raya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Op Selamat 14 IPK Selangor di Plaza Tol Bukit Jelutong, Lebuhraya Guthrie, hari ini.
Iklan
Hadir sama, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Aziz Abdullah serta Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintenden Azman Shari’at.
Dalam pada itu, Kumaran memberitahu statistik jumlah kes kemalangan sempena Op Selamat 14 di negeri ini menunjukkan sedikit peningkatan apabila mencatatkan 1,564 kes kemalangan dalam tempoh tiga hari bermula 29 Januari lalu.
"Pada tahun 2018, sebanyak 1,350 kemalangan direkodkan dengan lapan kematian, berbanding tahun ini untuk tempoh tiga hari kita mencatatkan sejumlah 1,564 kes kemalangan.
"Daripada jumlah itu, terdapat 10 kes kemalangan maut yang mengakibatkan 11 kematian.
"Bagaimanapun, kita akan meneruskan inisiatif untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya pada kali ini terutamanya di kawasan hitam kemalangan di setiap daerah di Selangor,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Zakat Selangor sasar kutipan zakat RM1 juta warga ATM menjelang 2028"><meta itemprop="description" content="Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menyasarkan kutipan zakat melalui potongan gaji warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Selangor mencecah RM1 juta menjelang 2028.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sasaran itu disokong peningkatan 64.8 peratus jumlah pembayar zakat dalam kalangan warga ATM kepada 613 orang setakat Julai tahun ini, berbanding 372 orang pada tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795359/edisi/selangor-kl/zakat-selangor-sasar-kutipan-zakat-rm1-juta-warga-atm-menjelang-2028
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZakatSelangor #ATM #AndaHeroAsnafATM"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T09:56:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P201S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5v0jq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5v0jq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5v0jq"></script>