Op Pintu: Empat geng pecah rumah diberkas
Iklan
Dua kenderaan dirampas bagi membantu siasatan dalam kegiatan pecah rumah sekitar daerah Kuala Muda.
SUNGAI PETANI - Polis berjaya melumpuhkan kegiatan empat kumpulan penjenayah yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah selepas menahan sembilan lelaki dalam beberapa serbuan Op Pintu di sekitar daerah Kuala Muda sejak bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kesemua suspek berusia antara 20 hingga 37 tahun ditahan dalam empat serbuan berasingan bermula 21 Oktober hingga 2 November lalu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, empat sindiket terbabit antaranya Geng Anchui, Geng Kevin, Geng Alif dan Geng Kavi Baba yang disyaki mula terlibat aktif dalam kegiatan pecah rumah sejak Mei 2020.
"Hasil serbuan itu, polis berjaya menyelesaikan 12 kes pecah rumah di daerah ini dalam tempoh dua minggu.
Antara barangan yang dirampas dalam Op Pintu.
Iklan
"Antara barang rampasan termasuk sebuah kereta jenis Honda Accord dan Proton Satria, televisyen, tong gas, pengisar, komputer riba, mesin rumput, pembesar suara, mikrofon, monitor, minuman keras, besi dan kapak," katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda hari ini.
Beliau berkata, ujian air kencing mendapati lima daripadanya positif dadah jenis methamphetamine.
Iklan
"Salah seorang suspek dikesan masih menjalani perintah pengawasan bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) kerana terlibat dalam kes pecah rumah di Pulau Pinang.
"Hasil semakan mendapati, suspek berusia 27 tahun itu dikenakan perintah pengawasan bermula Mei lalu selama setahun yang akan tamat tahun hadapan, namun dikesan telah aktif semula melakukan kegiatan pecah rumah di Daerah Kuala Muda," katanya.
Adzli berkata, suspek yang merupakan anggota Geng Kevin itu ditahan di sebuah rumah di Taman Gurun Jaya apabila disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di Taman Jerai Indah pada 1 November lalu.
Antara barangan rampasan Op Pintu termasuk monitor, peralatan pecah rumah, komputer riba, minuman keras dan tong gas.
"Suspek juga dikehendaki oleh IPD Ipoh, Perak untuk membantu siasatan bersangkut kes pecah rumah dan curi kenderaan di negeri itu," katanya.
Katanya, polis masih memburu dua lagi ahli geng sama yang disyaki terlibat dalam kes terbabit.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.