Murid Tahun Empat lemas di sungai
Iklan
Mangsa ditemui lemas dalam sungai berhampiran sebuah resort di Kampung Ulu Kalong Hulu Yam Bharu hari ini.
KUALA KUBU BHARU - Seorang murid Tahun Empat ditemui lemas dalam sungai berhampiran sebuah resort di Kampung Ulu Kalong Hulu Yam Bharu di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arshad Kamaruddin berkata, mangsa, Qistina Balqis Mohamad, 10, ditemui lemas ketika singgah ke resort itu bersama ibu dan dua beradiknya serta rakan selepas mengayuh basikal.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, katanya, ibu mangsa berusia 39 tahun kemudian pulang ke rumah untuk menghantar salah seorang anak perempuannya yang mengadu sakit perut.
"Semasa ibu mangsa tiba semula ke tempat tersebut, dia diberitahu anak perempuannya telah lemas," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Iklan
Arshad berkata, berdasarkan keterangan ibu mangsa, dia bersama tiga anak serta lapan rakan anaknya pergi ke Kampung Ulu Kalong untuk mengayuh basikal di kawasan itu jam 9.20 pagi tadi.
Katanya, pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia.
Iklan
"Jenazah mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>