Bajet yang begitu dinantikan

Iklan

MASA lepas pembentangan bajet macamlah satu rutin biasa. Menteri Kewangan buat pembentangan.

Ahli Parlimen kerajaan tepuk-tepuk meja, pembangkang tetap tak puas hati. Surat khabar dan TV yang sokong kerajaan, esoknya puji melambung. Tahun demi tahun, begitulah keadaannya.Tapi tahun ini lain sedikit. Negara sedang dilanda wabak Covid-19. Lebih 30,000 rakyat kita dah dijangkiti dan keadaan ekonomi semakin parah.

Iklan
Iklan

Jadi bajet kali ini ditunggu penuh debar oleh semua. Bebannya ada pada Menteri Kewangan nampaknya. Lebih-lebih lagi dalam keadaan kerajaan yang sangat tipis majoritinya.

Rakyat semua nak tahu apa isi bajet itu. Kerajaan prihatin tentulah akan berikan bajet yang prihatin.

Iklan

Awang harap tumpuan utama ialah ringankan beban rakyat. Menteri Kewangan patut umumkan moratorium baharu pinjaman, bukan terhenti setakat enam bulan sahaja. Itu yang paling utama.

Lepas itu ringankan beban tarif api, air dan lain-lain. Kurangkan cukai peribadi dan syarikat.

Iklan

Pada pendapat Awang, yang paling penting ialah bantu rakyat untuk kurangkan tekanan pinjaman daripada institusi kewangan.

Awang percaya pihak pembangkang pun tunggu bajet itu.

Awang yakin semua ahli Parlimen, baik kerajaan atau pembangkang, dituntut oleh pengundi mereka untuk mendapatkan yang terbaik daripada bajet itu kecuali mereka yang kerjanya menyokong sahaja.

Awang rasa tak pernah dalam sejarah negara kita pembentangan bajet begitu penting, kritikal dan bagi kerajaan yang memerintah, sangat mencemaskan.