'Makan, minum dan main bersama!'

Iklan
Perpaduan kaum di Malaysia masih utuh sehingga hari ini.

AWANG sokong penuh pandangan jujur Timbalan Perdana Menteri, Tuk Seri Fadillah Yusof tentang hubungan sesama kaum di Malaysia. Katanya eloklah kita “makan, minum dan main bersama.” Beliau juga secara bergurau menambah, apa yang pernah disebutkan oleh Allahyarham Tan Sri Adenan Satim, bekas Ketua Menteri Sarawak, “cari amoi pun bersama.”

Itulah semangat atau spirit yang sepatutnya ada dalam sebuah negara pelbagai kaum macam Malaysia. Kita semua tahu semangat itu semakin pudar, khususnya di Semenanjung. Politik perkauman memisahkan kita. Pandangan sempit terhadap agama menjauhkan kita. Tak macam di Sarawak dan Sabah, semangat persamaan dan kekitaan mereka masih kental. Dalam sebuah keluarga di Sarawak dan Sabah anggotanya daripada pelbagai agama dan kepercayaan. Tapi tetap hidup harmoni dan hormat-menghormati. Perayaan sesuatu etnik disambut bersama-sama tanpa prasangka.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.