Gelombang biru tanpa sempadan?
Iklan
Kejayaan BN - PN meraih 24 daripada 28 kerusi DUN Melaka tidaklah memeranjatkan.
PAKATAN Harapan (PH) memang patut risau. Apa yang berlaku di Melaka minggu lepas mengesahkan lagi bahawa PH rata-ratanya ditolak rakyat. Kejayaan Barisan Nasional (BN) - Perikatan Nasional (PN) meraih 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka tidaklah memeranjatkan.
Nampaknya gelombang biru ini real. BN-PN memang boleh kuasai Semenanjung. Banyak yang berkata hanya Selangor dan Pulau Pinang sahaja tempat PH 'selamat'.