Sekatil tapi tak sehaluan

Iklan
Kedudukan UMNO dalam Kerajaan Madani diibaratkan 'sekatil tapi tidak sehaluan'.

BEGITULAH ibaratnya UMNO dalam kerajaan Madani. Sekatil tapi tak sehaluan. Kahwin mutaah sudah berakhir. Tapi tetap sekelambu. Ini arrangement yang pelik. Tak pernah hal ini berlaku.

Di Indonesia, hampir semua parti utama bergabung dengan Parti Gerinda pimpinan Presiden Pak Prabowo Subianto untuk jadi gabungan Kerajaan Merah Putih. Tapi parti pimpinan Ibu Megawati Sukarnoputri, Parti Demokrasi Indonesia – Perjuangan (PDI-P) memilih untuk berada di luar kerajaan. PDI-P punya kerusi paling banyak di Parlimen Indonesia.

Iklan
Iklan

Prinsip PDI-P mudah, mereka akan sokong dasar Prabowo tetapi bebas mengkritik. Maknanya tidak seperti Golkar, Nasdem, PAN, PKS, PBB dan lain-lain yang bersama Gerindra, PDI-P menjadi suara pembangkang satu-satunya.

UMNO yang ditolak rakyat pada tahun 2018 dan 2022 dibawa masuk untuk membolehkan PH berkuasa. UMNO pandai, gunakan kedudukan sebaik mungkin. Semua agensi di bawah menteri UMNO ditempatkan orang-orang UMNO. Akhirnya UMNO makin kuat.

Iklan

Orang kata UMNO jadi musuh dalam selimut. Awang tak setuju. PMX sendiri yang patut lebih tahu siapa kawan siapa musuh. Jikalau 'anak murid' boleh menderhakainya, salah siapa? Hari ini BN jadi raksaksa yang bangun semula macam sebelum 2018.

Ini namanya strategi politik si murid yang cerdik. Apa yang guru nak buat sekarang? Nak gugurkan semua musuh dari katil? Atau tanggung sahajalah akibatnya.

Iklan