El-Pescao 55 kekal memecut di Moto2 2021

Iklan
Hafizh Syahrin

PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah sah akan terus berlumba dalam saingan Moto2 bersama pasukan baharu musim depan.

Bagaimanapun, pengurusnya, Razmin Masli Abdul Razak berkata, status pasukan baharu itu hanya diketahui dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

"Perbincangan dengan pasukan buat Hafizh Syahrin untuk saingan musim 2021 sudah selesai dan Hafizh akan kekal beraksi pada Kejohanan Dunia Moto2.

"Pasukan untuk musim 2021 akan berpangkalan di Eropah dan insya-ALLAH, pengumuman mengenai pasukan berkenaan akan dibuat dalam sedikit masa lagi," katanya.

Iklan

Pada masa sama Razmin berharap Hafizh Syahrin akan lebih bersemangat dengan perkhabaran gembira itu sekali gus, pelumba Selangor berusia 26 tahun itu akan dapat mencipta lebih impak bagi meneruskan kariernya dalam arena sukan permotoran pada masa hadapan.

"Saya berharap dengan selesainya perbincangan untuk saingan musim 2021, Hafizh akan lebih bersemangat dan dapat memberikan sepenuh tumpuannya untuk melakukan yang terbaik dalam baki tiga pusingan musim ini," katanya.

Iklan

Berbaki tiga perlumbaan dimulai Grand Prix (GP) Europa pada 8 November, GP Valencia (15 November) di Litar Ricardo Tormo sebelum musim ini diakhiri dengan GP Portugal di Litar Alvarge pada 22 November depan, menyaksikan Hafizh Syahrin yang kini bersama pasukan Aspar berada pada kedudukan ke-20 kategori Moto2 dengan mengumpul 21 mata.