MT UMNO mesyuarat lagi malam ini

Iklan
UMNO dilapor bermesyuarat malam ini bagi membincangkan cadangan penstrukturan semula Kabinet.

SHAH ALAM - UMNO dilaporkan akan mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi malam ini bagi membincangkan secara terperinci cadangan penstrukturan semula Kabinet.

Menurut Astro Awani, sumber memaklumkan mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Iklan
Iklan

Katanya, perbincangan termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri yang sebelum ini dilaporkan sedang dipertimbangkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin semalam dilaporkan sedang mempertimbangkan tiga nama bagi jawatan Timbalan Menteri.

Iklan

Ketiga-tiga nama tersebut ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Pada masa ini, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera kini memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan manakala Hishammuddin, Ahli Parlimen Sembrong memegang jawatan Menteri Luar.

Iklan

Mohamad pula perlu diberikan tiket Senator jika dipilih menyertai barisan Kabinet itu sebagai Timbalan Perdana Menteri baharu, kerana beliau bukan ahli Parlimen ketika ini.