Mayat tidak sempurna ditemui dalam longkang

Iklan
Mayat mangsa disyaki warga asing dijumpai di dalam longkang di Jalan Bestari 2A/KU7, Sungai Kapar Klang Sabtu lalu.

KLANG - Mayat seorang lelaki disyaki warga asing ditemukan dalam longkang di Jalan Bestari 2A/KU7, Sungai Kapar di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, polis dimaklumkan penemuan itu oleh orang awam pada jam 1.19 petang.

Iklan
Iklan

Katanya, hasil laporan bedah siasat mendapati mangsa disyaki warga asing selain tiada sebarang dokumen ditemui bersama.

"Ketinggian mangsa kira-kira 170 sentimeter, berumur dalam lingkungan 50-an dan mempunyai jambang yang panjang sehingga ke dada. Pakaian ketika ditemui dijumpai ialah jenis kurta suit berwarna ungu dan berseluar putih paras lutut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Nurulhuda berkata, siasatan juga mengesyaki mayat tersebut telah dicampak di dalam longkang berkenaan sejak seminggu sebelum ditemui.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Iklan

Justeru, polis meminta sesiapa yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini tampil untuk memberikan maklumat bagi membantu siasatan di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Utara.