Peniaga tidak perlu risau pelaksanaan PKPB

Iklan
Rosli bertemu peniaga untuk mengetahui masalah yang mereka hadapi sepanjang PKPB di Lembah Klang bermula 14 Oktober lepas.

SHAH ALAM - Semua pihak khususnya peniaga dan penjaja di Lembah Klang perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk meneruskan perniagaan mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini.

Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia, Datuk Seri Dr Rosli Sulaiman berkata, peniaga perlu mematuhi SOP meskipun terdapat arahan terbaharu bahawa pekerja sektor awam dan swasta bahagian pengurusan serta pengawasan dalam zon merah diarah bekerja dari rumah berkuat kuasa esok.

Iklan
Iklan

"Mereka hanya perlu menjalankan perniagaan seperti biasa untuk meneruskan kelangsungan hidup. Saya dapati ada dalam kalangan peniaga yang saya temui di sekitar Kuala Lumpur melahirkan kebimbangan berikutan pengumuman bekerja dari rumah yang akan menjejaskan perniagaan mereka.

"Saya berharap mereka tidak perlu menutup operasi perniagaan mereka. Masih ada pembelian daripada orang ramai kerana mereka masih ke pasar untuk membeli barangan basah dan membeli makanan di gerai,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Iklan

Rosli berkata, kebanyakan peniaga bimbang pelaksanaan PKPB akan memberikan kesan kepada perniagaan mereka seperti pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

"Mereka masih terkesan dengan PKP yang lalu dan baru hendak menarik nafas lega kerana boleh menjalankan perniagaan dan mengumpul semula modal walaupun belum mencatatkan keuntungan,” katanya.

Iklan

Jesteru, Rosli menggesa kerajaan mempertimbangkan semula untuk melanjutkan tempoh pembayaran pinjaman moratorium selama tiga bulan untuk membantu mereka dan rakyat di negara ini.

Sementara itu, Setiausaha Biro Niaga Muda Persatuan Penjaja Peniaga Kecil Melayu Gabungan Malaysia (Gabungan Malaysia), Qairy Maheran turut menyeru kepada semua peniaga mematuhi SOP ditetapkan.

"Saya berharap agar semua peniaga bertegas dalam menjaga SOP berbanding menjaga ekonomi masing-masing. Jangan lupa sediakan 'hand sanitizer' dan Kod QR MySejahtera di premis masing-masing. Pastikan semua pelanggan memakai pelitup muka dan menjaga penjarakkan sosial," katanya.

Beliau turut mencadangkan kepada orang ramai membuat pembelian menerusi dalam talian atau mengambil tempahan makanan secara bungkus dan bawa balik ke rumah.