Covid-19: Jepun tawar Indonesia pinjaman AS$473 juta

Iklan
Perdana Menteri Jepun akan memberi pinjaman 50 bilion Yen Jepun (AS$473 juta) kepada Indonesia dengan mengenakan kadar faedah yang rendah, dalam usaha membantu Jakarta membendung Covid-19. Foto: The Jakarta Post

JAKARTA - Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga pada Selasa berkata akan memberi pinjaman 50 bilion Yen Jepun (AS$473 juta) kepada Indonesia dengan mengenakan kadar faedah yang rendah, dalam usaha membantu Jakarta membendung Covid-19.

Tawaran itu dibuat kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo semasa perbincangan yang diadakan di Jakarta, lapor Agensi Berita Vietnam memetik Kyodo News.

Iklan
Iklan

Suga yang dalam rangka lawatan ke Asia Tenggara itu turut bersetuju untuk memulakan rundingan mengenai membuka semula perjalanan perniagaan antara kedua-dua negara.

Beliau tiba di Jakarta selepas mengadakan lawatan ke Hanoi. - Bernama

Iklan
Iklan