3 wanita Indonesia mengaku bersalah

Iklan
Ketika-tiga wanita warga Indonesia diiringi anggota polis keluar dari kamar mahkamah sebaik hukuman dijatuhkan ke atas mereka.

MELAKA - Dua wanita masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh mahkamah majistret di sini, manakala seorang lagi didenda RM2,300 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencari langganan bagi maksud persundalan pada dua minggu lalu.

Tertuduh, Renny, 25, dan Hardiyanti, 33, yang merupakan warga Indonesia membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan ke atas mereka di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, tertuduh, Nurma Linda, 31, dituduh dalam prosiding berasingan di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didapati bersalah mencari langganan bagi maksud persundalan kira-kira jam 2.30 petang di sebuah hotel di Jalan Munshi Abdullah pada 14 Januari 2019.

Iklan

Bagi kesalahan itu, kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari dan Intan Lyiana Zainal Abidin memohon hukuman setimpal diberikan selain diserahkan kepada Jabatan Imigresen sebaik selesai menjalani hukuman.

Iklan

Ketiga-tiga tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu hukuman ringan dikenakan dengan alasan mempunyai tanggungan di kampung halaman.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap Renny dan Hardiyanti manakala Nurma didenda sebanyak RM2, 300 atau empat bulan penjara jika gagal bayar denda.