31 individu ditahan terlibat parti liar
Iklan
Pihak polis menahan individu yang terlibat dalam parti liar di sebuah rumah di Medini Utara, Iskandar Puteri kelmarin.
ISKANDAR PUTERI - Seramai 31 individu ditahan dalam dua serbuan berasingan kerana terlibat dalam parti liar di Medini Utara di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam serbuan pertama, polis menyerbu sebuah rumah pada jam 7.30 petang.
Iklan
Iklan
Menurutnya, dalam serbuan itu polis menahan seramai 21 orang iaitu 11 lelaki dan 10 wanita warga tempatan berumur lingkungan 18 hingga 30 tahun.
"Selepas serbuan pertama, polis sekali lagi menyerbu rumah di kawasan itu pada jam 8.30 malam.
Iklan
Antara individu yang ditahan kerana terlibat parti liar di sebuah rumah di Medini Utara, Iskandar Puteri kelmarin.
"Dalam serbuan itu, polis menahan 10 lagi individu terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita warga tempatan berumur lingkungan 18 hingga 30 tahun
"Polis juga merampas dua buah lampu strobe dan dua speaker," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Iklan
Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing, kesemua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine, ketamin dan ganja Tetra Hydrocannibol (THC).
Katanya, kesemua suspek ditangkap kerana melanggar Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
"Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 11(1) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPP)," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>