Lebih 15 jam bomba padam kebakaran di kilang kelapa sawit
Iklan
MUAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Johor terpaksa berhempas pulas mengawal kebakaran yang berlarutan sehingga 15 jam melibatkan sebuah kilang memproses kelapa sawit di Jalan Bukit Mor-Bakri.
Komander Operasinya, Penolong Kanan Bomba II Emil Taihin@Toihin, kebakaran bermula pada jam 9.48 malam itu gagal dipadamkan sepenuhnya setakat jam 12 tengah hari ini.