Penganggur mengaku tidak bersalah guna gelaran 'Tan Sri Dato'
Iklan
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan gelaran 'Tan Sri Dato' yang tidak diiktiraf di laman profil media sosialnya.
Mujeebudeen Abdul Samad, 61, didakwa menggunakan laman profil ‘Tan Sri Dato Dr Hj Mujeebudeen’ di pautan https://twitter.com/TSDMMujeebudeen dan melalui perkhidmatan Facebook dengan menggunakan laman profil ‘Tan Sri Dato Mujeebudeen’ di pautan https://www.facebook.com/1UMNO secara sedar telah menggunakan gelaran dan panggilan suatu anugerah tidak diiktiraf.
Iklan
Iklan
Pautan itu kemudiannya dibacakan di Pejabat Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada jam 9 pagi, 7 Jun 2020.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 3 (2) Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 3 (3) Akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, jika sabit kesalahan.
Iklan
Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin, namun Mujeebudeen yang diwakili peguam Amanda Wong Yoke Ting memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya tidak bekerja sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Tertuduh dan isteri juga menghidap penyakit jantung selain hanya mengharapkan bantuan wang yang diterima daripada anak-anaknya,” katanya.
Iklan
Majistret Wong Chai Sia membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 November untuk sebutan semula kes.- Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Guru berdepan dua pertuduhan amang seksual pelajar Tingkatan Tiga"><meta itemprop="description" content="Seorang guru di sebuah sekolah menengah di Jelebu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga, Ogos lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, Muhammad Faaris Ar Radhi Mohamad Fadzil, 29, didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806057/berita/mahkamah/guru-berdepan-dua-pertuduhan-amang-seksual-pelajar-tingkatan-tiga
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesjenayahseksual"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-25T07:50:41.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/hE3Iw1h1fDHsh8A8M/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbzphoa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbzphoa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbzphoa"></script>