PDRM keluarkan 5.7 juta saman sepanjang 2018
Iklan
KUALA LUMPUR - Sebanyak 5.7 juta saman trafik dikeluarkan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sepanjang tahun lepas ataupun bersamaan dengan 15,000 saman sehari.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman (JSPT), Datuk Azisman Alias berkata daripada jumlah itu, hanya 25 peratus atau 1.425 juta pesalah trafik membayar saman.