PKPB: Akad nikah hanya dibenarkan di pejabat agama

Iklan
Notis berkaitan pelaksanaan upacara akad nikah dalam tempoh PKPB di daerah Klang.

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan beberapa prosedur pelaksanaan upacara akad nikah di daerah Klang, Selangor dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

JAIS menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook menyatakan, pelaksanaan akad nikah (yang telah mendapat kebenaran untuk bernikah) bagi pasangan di daerah Klang hanya akan dilaksanakan di Pejabat Agama Islam Daerah Klang.

Iklan
Iklan

"Majlis akad nikah hanya dibenarkan dengan kehadiran beberapa pihak sahaja termasuk pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

"Selain itu, dibenarkan dengan seorang wali sahaja, manakala jurugambar tidak dibenarkan," menurut kenyataan itu.

Iklan

Terdahulu, seramai 800,000 penduduk di mukim Klang terlibat dengan PKPB sejak kelmarin.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia melibatkan sebanyak 36 kawasan antaranya Bandar Bukit Tinggi, Kampung Johan Setia, Kampung Bukit Naga, Kampung Perigi Nenas, Kampung Kuantan, Kampung Serdang, Bandar Puteri, Kampung Sungai Kandis dan Taman Sri Andalas.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: 118 pasangan pengantin 'serbu' Pejabat Agama Klang