Ku Nan nafi terlibat gerakan tubuh kerajaan baharu

Iklan
Tengku Adnan Tengku Mansor

KUALA LUMPUR - Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan beliau tidak terlibat dan sama sekali tidak menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu yang diketuai oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, kerajaan baharu itu hanya angan-angan Anwar dan berharap agar tidak ada pihak yang percaya dengan dakwaan itu.

Iklan
Iklan

"Saya tetap bersama UMNO, dulu kini selamanya dalam perjuangan sebuah bangsa. Kita dalam UMNO juga telah putuskan 'no Tun Mahathir, no Anwar and no DAP', jadi hentikanlah spekulasi ini.

"Hentikan spekulasi, kita teruskan perjuangan menjaga rakyat dan tetap setia bersama Barisan Nasional (BN),” katanya.

Iklan

Sebelum ini, Anwar dalam satu sidang media tergempar mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh lagi meyakinkan iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan.

Menurut Anwar, sokongan ahli Parlimen itu daripada pelbagai parti termasuk yang berpihak kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN), namun enggan mendedahkan jumlah ahli Parlimen yang menyokongnya.

Iklan

Memetik laporan sebuah portal, terdapat 19 orang Ahli Parlimen UMNO yang menyatakan sokongan kepada Anwar untuk menjadi perdana menteri.

Selain Adnan, portal itu turut menyenaraikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak); Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk); Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut); Datuk Seri Najib Razak (Pekan); Tan Sri Noh Omar (Tanjong Karang) dan Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian).

Nama lain dalam senarai itu ialah Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap); Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling); Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang); Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas) dan Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit).

Turut tersenarai Datuk Seri Hasan Arifin (Rompin); Ramli Mohd Noor (Cameron Highlands) dan Datuk Hasbullah Osman (Gerik) dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin dan Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan).

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar dakwa bakal tubuh kerajaan baharu

Muhyiddin persoal jumlah sebenar ahli Parlimen sokong Anwar