Lima suspek samun, tetak pemandu lori ditahan
Iklan
Gambar kecil: Mohamed Nordin
IPOH - Tidak sampai 24 jam, polis berjaya memberkas lima lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian tetak dan samun seorang pemandu lori di taman Arkid di sini hari ini.
Kejadian sekitar jam 4 petang semalam, mangsa berusia 40 tahun cedera di pergelangan tangan kanan akibat ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki bertopeng sebelum melarikan wang tunai berjumlah RM500.
Iklan
Iklan
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamed Nordin Abdullah berkata, bertindak atas maklumat, operasi mengesan suspek dijalankan oleh sepasukan polis dari Cawangan Siasatan Jenayah (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan Task Force Balai Polis Jelapang.
Menurutnya, tangkapan suspek berusia 19 hingga 37 tahun itu dilakukan di empat serbuan berasingan antara jam 1.13 pagi hingga 6.50 pagi.
Iklan
"Tangkapan pertama dilakukan di sebuah rumah di Taman Meru Fasa 2B dan seterusnya menahan dua lelaki di sebuah bengkel di Taman Gunung View.
"Penahanan itu membawa tangkapan dua lagi lelaki di Halaman Ampang Mewah dan Kampung Tawas pada jam 6.10 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Iklan
Menurutnya, polis telah merampas sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback dan sebilah parang sepanjang 18 inci.
"Parang tersebut dirampas dalam serbuan di bengkel kereta berkenaan.
"Kesemua suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut yang dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan"><meta itemprop="description" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #dakwaanbuli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-10T04:37:08.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P97S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbkofdm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbkofdm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbkofdm"></script>