Jawatan Exco Pulau Pinang dirombak
Iklan
CHOW KON YEOW
GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang semalam mengumumkan rombakan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi menghadapi cabaran baharu berikutan pandemik koronavirus (Covid-19).
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, penyusunan dan penjenamaan semula portfolio Exco itu adalah untuk memastikan jentera pentadbiran kerajaan dapat berfungsi dengan lebih cekap dalam keadaan Covid-19 ini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, justifikasi bagi penyusunan dan penjenamaan semula portfolio ini adalah berikutan fokus kerajaan negeri terhadap pemulihan serta peningkatan ekonomi pasca-Covid-19.
"Beberapa portfolio digabungkan dan dijenamakan semula, beberapa portfolio lain diganti untuk menonjolkan fokus barunya, sementara beberapa portfolio lagi telah dipindahkan dalam proses penggabungan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Iklan
Tambahnya, penyusunan dan penjenamaan semula separuh penggal itu akan berkuatkuasa 15 September ini.
Beliau berkata, beberapa portfolio baharu turut dibentuk seperti portfolio Pembangunan Tanah dan Ekonomi, Ekonomi Kreatif dan Agroteknologi dan Keselamatan Makanan.
Iklan
Kon Yeow menerangkan bahawa portfolio beliau yang sebelum ini dikenali sebagai Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah akan dijenama semula sebagai Pembangunan Tanah dan Ekonomi.
"Saya akan memegang jawatan Pembangunan Tanah dan Ekonomi dan juga Komunikasi manakala portfolio Pengangkutan yang saya pegang sebelum ini akan diberikan kepada Zairil Khir Johari,” katanya.
Beliau berkata, empat Exco akan kekal dengan jawatan mereka, hanya nama portfolio ditukar untuk menanggung tanggungjawab yang lebih luas.
Berikut adalah portfolio Exco baharu Pulau Pinang yang akan berkuat kuasa Selasa depan:
Ketua Menteri Chow Kon Yeow: Pembangunan Tanah dan Ekonomi, Komunikasi.
Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman: Hal Ehwal Agama Islam, Koperasi dan Pemerkasaan Komuniti.
Timbalan Ketua Menteri II Profesor Dr P Ramasamy: Pembangunan Modal Insan, Pendidikan dan Sains dan Teknologi.
Chong Eng: Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam.
Jagdeep Singeh Deo: Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa.
Phee Boon Poh: Alam Sekitar dan Kebajikan.
Zairil Khir Johari: Pengangkutan dan Infrastruktur.
Datuk Abdul Halim Hussain: Perdagangan dan Industri dan Pembangunan Keusahawanan.
Yeoh Soon Hin: Pelancongan dan Ekonomi Kreatif.
Soon Lip Chee: Belia dan Sukan.
Dr Norlela Ariffin: Pembangunan Luar Bandar, Kesihatan dan Agroteknologi dan Keselamatan Makanan. - Bernama
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.