Nelayan Vietnam langgar bot peronda APMM
Iklan
KUDAT -Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kudat menahan sebuah bot nelayan Vietnam tanpa nombor pendaftaran yang bertindak agresif dengan melanggar bot peronda APMM selepas diminta berhenti untuk pemeriksaan di perairan Pulau Malawali pada Sabtu lepas.
Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, hasil pemeriksaan ke atas bot yang ditahan pada 7.30 pagi dalam operasi Op Pluto Timur itu mendapati bot berkenaan dikendalikan seorang tekong dan tujuh awak-awak warganegara Vietnam berumur antara 22 dan 53 tahun.