Now Playing JTK Perak buka tujuh kertas siasatan

TUJUH kertas siasatan akan dibuka manakala empat notis pematuhan dikeluarkan berhubung pelbagai kesalahan sempena Operasi Pematuhan di lapan premis oleh pihak Jabatan Tenaga Tenaga Kerja (JTK) Negeri Perak.
Menurut pengarahnya Ahmad Khusairi Lop Abd Rahman, operasi secara keseluruhannya bertujuan mengesan serta mencegah sebarang pelanggaran undang-undang perburuhan yang cenderung dilakukan majikan.
Selain itu menurutnya, operasi berkenaan bagi memastikan pekerja khususnya di sektor swasta mendapat hak serta perlindungan sewajarnya sebagaimana termaktub pada akta dan perundangan.
Laporan Mojo Sinar Harian Edisi Utara, SHAHRIZAL AHMAD ZAINI

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf