Now Playing Manifesto Harapan tak realistik

Manifesto Pakatan Harapan (Harapan) yang dilancarkan baru-baru ini dilihat sebagai satu tidak realistik.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid berkata, ia termasuklah tindakan mahu menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kembalikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Menurutnya, kini lebih 100 negara mendapat merit tinggi selepas melaksanakan GST.

Perbezaan besar dalam kutipan pulangan diperolehi menyebabkan semua negara yang laksana GST tidak berpatah balik kepada SST sekali gus membuktikan SST tidak cekap.

Tambahnya, sehingga kini banyak manifesto pembangkang yang tidak ditepati sebaliknya sebanyak 97 peratus daripada aku janji kerajaan BN telah laksanakan.

Terdahulu, Noor Ehsanuddin hadir merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di Dewan Komuniti Ehsan Kampung Singapura, hari ini.

Laporan : MOJO Sinar Harian Kota Tinggi

Masturah Suradi

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf